Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Musim cuti persekolahan akhir penggal telah bermula. Kemana anak- anak kita akan pergi ???
Sebagai ibubapa kita perlu memberi sepenuh perhatian dengan memberi pengisian kerohanian dan jati diri untuk anak-anak kita. Sehubungan dengan itu MASJID JAMIUL HASANIAH dengan kerja sama Universiti Putra Malaysia akan menganjurkan Program KEM JATI DIRI REMAJA pada 24 hb. November 2008 hingga 26hb. November 2008.
Sehubungan dari itu JKKK Kampung Batu 3 mengharapkan program ini dapat membentuk anak-anak kita agar menjadi manusia yang berguna kepada Agama, bangsa dan Negara. Ibu bapa juga dipohon untuk turut serta pada hari terakhir program tersebut pada 26hb. November 2008, Di Masjid Jamiul Hasaniah untuk sama-sama menjayakan acara penutup dan ceramah keibu-bapaan.
Ceramah akan disampaikan oleh Pensyarah UPM dan majlis penutup disempurnakan oleh YB Dr. Hajah Halimah Bt Ali. ( Exco Kerajaan Negeri Selangor.)
Wednesday, November 19, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)